Followers

June 30, 2011

Aku Tetap Bersaiz XL!! --> 2


Bunyi mesin rumput meriuhkan suasana di padang bola kolej tersebut. Bauan rumput hijau yang baru dipotong masih dapat dihidu oleh jejaka berambut afro yang duduk berlutut di sudut padang. Ligat bebola matanya melihat jejeran semut di sebalik rumput-rumput yang sudah dipotong berdekatan dengannya.

Fahmi masih tersengih-sengih apabila mengenangkan kejadian memalukan yang sengaja dia rancangkan untuk memalukan Lisha Amalia. Suka betul dia apabila gadis itu terpaksa menanggung malu yang amat sangat. Sesekali terdengar dia ketawa mengekek. Terserlah keputihan giginya yang elok tersusun. Tersengih lagi
kemudiannya tersenyum penuh makna...

"Haiih...Fahmi, Fahmi.. Dari manalah ko dapat idea macam tu nak kenakan Si Lisha tu. Tak kering kepala hotak kau tu nak kenakan dia. Tapi, pelajaran taklah sebasah mana pun," tegur Faris Kamil sambil mengambil tempat duduk di sebelah Fahmi. Sengaja dia mengambil tempat di situ untuk membuang pandangannya ke arah luas padang bola yang terbentang di Kolej Darul Salam itu.

Namun begitu, jauh di sudut hatinya dia berasa kasihan akan gadis tembam itu. Teruk dikenakan oleh si Nakal Fahmi. Gadis itulah yang sentiasa menjadi sasaran untuk dimalukan oleh Fahmi sejak dari semester 1 lagi. Entah apalah yang ada pada Lisha itu sehinggakan Fahmi tidak sudah-sudah mengganggunya
.

Fahmi mengalihkan pandangannya ke muka bersih Faris Kamil. Bersih wajah pemuda itu kerana rajin menghadap Yang Maha Esa. Tersengih dia seperti kerang busuk.
"Aku cuma seksa dia sikit jak bah. Takla sampai nak mendera dia. Engko tak payah risaula sebab aku takkan mencederakan barang permainan aku tu," jawab Fahmi dengan penuh yakin sambil menunjukkan muka comelnya itu.



Faris Kamil mula mencebik .
"Tak payahla buat muka comel tu. Naik meremang bulu ketiak aku menengoknya. Tak tahula aku pasaipa budak-budak pompuan kat kolej ni banyak dok gila kat hang," balas Faris Kamil sambil menunjukkan aksi geli-gelimannya itu. Sengaja dia hendak mengusik jejaka di sebelahnya.

Fahmi hanya tersengih. Taula aku ni handsome ponn!

Tiba-tiba terasa getaran di poket seluar Fahmi. Adoii, manusia manala yang dok texting aku ni...Kacau jak saat-saat bahagia aku dengan kawan baik ni. Bebel Fahmi dalam hati. Gelagat Fahmi yang menyeluk poket seluarnya, mencari-cari Experia (telefon bimbit) hanya diperhatikan Faris Kamil. Pandangan pelik ditujukan.

Laju sahaja bebola mata Fahmi membaca mesej di skrin Experianya. Kemudian, mengangguk sendiri. Faris Kamil sudah boleh mengagaknya.
"Weh, sorry la noh. Awek aku ajak jumpa kat kafeteria. Dia kata nak bagi contoh assignment kat aku. Heheh. Hang dudukla kat sini sorang-sorang."

Faris Kamil tersenyum seolah-olah memahami. "Takpe. Aku pun nak pergi masjid ni, ada perjumpaan untuk Sahabat Masjid. Ko toksah dok buat aktiviti-aktiviti pelik lak. Besar dosanya," sempat memberi nasihat.

"Aku pun takda nafsu nak buat macam tu kat awek a.k.a sepupu aku tu," balas Fahmi selamba. Apa nak diselindungkan, memang betul pun.



***********************************************************




Lisha membuntangkan bebola matanya. Eh, berhabuk ke kornea mata aku ni? (manala ada kornea mata yang berhabuk...==") Apa ni? Apa ni? Aku tak percaya!!! Kenapa semua mimpi buruk yang lagi teruk ni tak berakhir lagi?? Aku bangun tidur ke tak gi ni?? Arrgghh!!! Aku tak tidur dan ni memang kenyataannya.....sob..sob.. T^T

Niazura yang berdiri di sebelah Lisha hanya mengurut-urut lembut bahu sahabatnya. Dia faham gelodak di hati sahabatnya sedang hebat berombak dan memukul-mukul dinding keimanannya. Perasaan kasihan mula menerpa dalam diri Niazura. 'Apalah nasib kawan aku ni kena sekumpulan untuk presentation dengan si Fahmi tu..'



Niazura terus membaca senarai pelajar dalam kumpulan yang telah ditentukan oleh Prof Azaha bagi membentangkan presentation. Ligat kornea matanya mencari-cari namanya pada kertas a4 itu. Naik juling mata bulatnya. 'Niazura Nanda Ariffin...Niazura Nanda Ariffin...Niazura Nanda Ariffin..'

"Awak dalam group 4..sekali dengan Faris Kamil dan budak-budak lain yang baik," ujar Lisha seolah-olah memahami kata hati Niazura.

Niazura malu sendiri. Lalu, berjalan ke arah Prof Azaha yang sedang memeriksa buku rujukan tebal miliknya. Kebetulan mereka dipanggil bagi memperbetul kesalahan dalam assignment mereka yang lepas. Sengaja Prof Azaha menunjukkan senarai nama tersebut kepada Lisha dan Niazura kerana baginya mereka berdua ialah pelajar yang agak rajin.



Lisha terus menatap kosong pada helaian a4 itu seolah-olah rohnya sudah terapung-apung keluar dari jasadnya.
Niazura kelihatan teragak-agak untuk menyusun kata. Namun begitu, terpaksa ditebalkan mukanya demi kesejahteraan emosi rakan baiknya itu.
"Prof, err......"
"Ye, Niazura. Kenapa? Awak ada apa-apa yang tak puas hati ke?" serius Prof Azaha bertanya.
Niazura meneguk air liurnya. Berani kerana benar, Nia...
" Boleh tak...kalau saya nak minta Prof tolong pindahkan beberapa pelajar masuk dalam group yang lain? Itupun.....kalau Prof tak keberatan,"

Prof Azaha terdiam. Tertanya-tanya dengan sikap pelik yang ditonjolkan oleh kedua-dua pelajarnya. Seorang seperti kehilangan roh manakala seorang lagi mengerutkan mukanya.



"Maafkan saya Niazura. Saya dah hantar senarai nama ni kepada pentadbir kolej bagi penilaian markah kamu nanti. Saya harap awak boleh menerimanya, k?" lembut Prof Azaha menolak.

Niazura tertunduk kemudian tersenyum kepada Prof Azaha. Lisha terdiam...memikirkan nasib malangnya bekerjasama dengan Fahmi bagi menjayakan presentation tersebut.
Boleh ke ni??


****************************************************





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...