"Weh, hang nak makan apa malam satgi? Aku tengok sayur-sayur dah habis. Takdak benda lain dah nak masak," Niazura melangkah mendekati Lisha yang asyik tersengih-sengih seorang diri di hadapan kotak berwarna itu. 'Aiik, Desperate Housewives pun lawak ke?? Adoii kawan aku nih..'
"Asyik-asyik sayur. Dah macam batang bayam ja aku tengok kau tu. Ubahlah sikit gaya makan tu. Emmmm...kita order pizza ja la malam ni. Ataupun kau pergi jalan beli burger kat depan kedai tu," hasut Lisha. Haraplah dapat makan benda sedap-sedap sikit!
"Banyakla hang tu. Ada-ada jak idea kartun kau tu. Aku tengok badan kau tu dah macam tong dram badak berendam tau! Kau tu yang kena ubah cara makan. Aku rilek jak. Ubahla sikit k..." lembut Niazura mengatur kata walaupun agak tajam!
Lisha menarik muka masam.
"Lish...bukan aku tak nak bagi hang makan benda-benda berminyak tu. Tapi, aku kesian kat hang sebab budak-budak kat kolej tu tak habis-habis menyakitkan hati hang. Aku dengar pun da naik sedih, apatah lagi hang," semakin lembut untaian kata Niazura.
Lisha tertunduk. Teringat akan kata-kata kesat yang Fahmi and the geng lemparkan terhadapnya. Matanya mulai basah.
"Rilekla dorh! Aku OK jak. Biaqla kat diorang semua tu. Nak kata ke, nak kutuk ke, nak ejek ke, nak lari-lari ke, nak buat stail ke, tu diaorang punya pasal. Dosa tu diorang tanggung sendiri. Aku rock!! Hati aku keras macam Stone Cold. Tak mainlah terasa-terasa ni...k?" balas Lisha cuba menyembunyikan gelodak di hati.
Terpaksa ditarik senyum di bibir Niazura cuba menyedapkan hati rakannya. 'Lish...aku faham sayang...'
Lisha membalas senyuman tak ikhlas Niazura dengan mempamerkan senyuman lebar gigi berserinya. 'Janganlah risau Nia..'
Kedua-duanya senyum dengan tak ikhlas.
*******************************************************
Suasana kelas Biologi terus hingar-bingar dengan suara-suara pelajar yang tak henti daripada bercakap dan mengumpat. Guru Biologinya pun tidak kelihatan menambahkan lagi kebingitannya.
Lisha Amalia terkocoh-kocoh meneruskan langkah ke kelas di Tingkat 1 Kolej Darul Salam itu. Skirt labuhnya mula ditarik ke atas bagi memudahkan dia beraksi seperti Hussein Bolt.
Kunyahan gula-gula getah di dalam mulutnya tidak berhenti. Terus mengunyah dan mengunyah. Fahmi tersenyum sumbing apabila melihat kelibat tubuh badan Lisha Amalia yang sedang mara menuju ke tempat duduknya di kelas Biologi. Kelihatan Niazura a.k.a pelindung Si Badak Berambut tiada di sisi Lisha.
Kepala otak Fahmi sudah mula bertimbun-timbun dengan idea bagi memalukan Lisha. 'Indahnya hidup ni bila dapat kenakan si Gemuk tu!!'
Jarinya mula gatal menyambut chewing gum dari bibirnya. Senyuman jahat terukir di bibirnya. Terserlah kejahatannya di sebalik mukanya yang putih bersih. Rakan-rakannya yang menyedari perubahan wajah Fahmi mula tersenyum keji. Luar jak hensem tapi hati hitam!
*********************************************
Lisha menarik nafas lega tatkala tiba di tempat duduknya. Lalu dia mula menghenyakkan punggung lebarnya itu ke atas kerusi panjang berwarna coklat. Berseri-seri sahaja mukanya cuba mencari keredhaan bagi menuntut ilmu.
Namun begitu, mimpi indah Lisha tidak bertahan lama. Kanak-kanak nakal yang dah besar panjang itu tergelak-gelak penuh keji apabila melihat reaksi wajah Lisha seperti itu. Berdekah-dekah ketawa mereka ibarat gelak tawa ahli sihir yang penuh berjerawat.
EEii....Ya Rabbi..apa lagilah rancangan manusia-manusia pelik tu. Aku harap bukan rancangan untuk kenakan aku. Ish, Niazura ni tak habis gik ke dalam toilet tu! Lisha mula risau. Panjang doanya dalam hati agar dielakkan daripada segala bentuk penganiayaan.
Para pelajar mula bangun bagi memberi hormat kepada guru Biologi yang baru melangkah masuk iaitu Miss Chew. Terkocoh-kocoh Lisha cuba bangkit dari kerusi itu namun begitu, dia terasa pelik sahaja. Dia mula menyedari sesuatu. (muka Lisha Amalia, ==")
Tiba-tiba suara gelak tawa mula membingitkan gegendang telinga Lisha. Apasal diorang semua gelak ni? Aku tak nampak pelawak pun kat sini. Awat nih? Awat nih? Melilau-lilau kepalanya mencari bahan ketawa rakan-rakan sekelasnya.
"Woi, Badak Berambut. Tak payah susah-susah cari sebab kami dok gelakkan ko la!!" kuat laungan Fahmi, sengaja dia cuba memalukan Lisha. Kemudian, semakin kuat gelak tawa yang didengarnya itu.
Miss Chew serta Lisha terdiam. Tak sangkanya!
Lisha mula membelek-belek belakang skirtnya itu. Kalut dia dibuatnya. Matanya basah dengan air mata kerana digelakkan sedemikian rupa. Namun begitu, tangannya masih terus meligat mencari bahan ketawa yang ada pada dirinya.
Membulat matanya apabila melihat seketul chewing gum yang besar, lebar dan leper di belakang skirtnya, betul-betul di bahagian punggungnya. Sudah terpenyek benda melekit itu kerana diduduk oleh Lisha. Tertunduk dia dengan linangan air mata. Ya Rabbi....malunya......Nia...mana kau ni? Terpaksa ditahan air mata itu dengan mengepalkan buku limanya bagi menguatkannya. Kuat Lisha...Kuat.......
Fahmi yang berambut ala-ala afro itu semakin kuat bergelak ketawa bersama-sama rakannya. Taring kejahatannya mulai terserlah. Hidupnya semakin seronok dengan mempermainkan Lisha Amalia yang turut bergerak sebagai bonekanya. 'Memang indah sungguh

Lisha mula menyumpah seranah dalam hatinya. EEEiiiiiiiiiii setan afro!!! Ko memang cari pasal dengan aku. Dasar afro kepala botak!!
*******************************************************
No comments:
Post a Comment