Followers

July 2, 2011

Cerita Ahad !! XD


Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh... =)



Alhamdulillah...aku masih gi sihat walafiat utk terus hidup..
Alhamdulillah malaikat masih tak cabut roh aku keluar dari jasad gi..
Alhamdulillah.....jantung aku berfungsi gik!! :D

Memang pagi-pagi ni...memang takde keja sangatla.. =="
Habis kemas2 rumah (hari ni cuti sempena Larian 1 Malaysia), hujan renyai2 membasahi bumi. Sejuk dinginnya menusuk tajam sehingga ke tulang sum-sumku. Aku memeluk bahuku sendiri, mengharapkan haba yang selesa.

Kelam langit di atas sana,
Bersama hujan yang laju membasahi tanah,
Aku termenung sendiri,
Lalu, berlari di bawah curahan titisan dingin.
(ayat jiwang mai dahh...==")


Ok, aku mandi hujan kira-kira 10 minit!! Macam takdak keja jak jadinya. XD Pastu menggigil-gigil. Pastu mulala nak terbersin-bersin. Carila penyakit tu mimi...dahla Puan Mama dok asyik kata yang aku ada resdung...ok...fine =="
(jangan sampai Puan Mama tau...sudahla heheh) ;D

****************************************

Kakak aku mula melepaskan lelah di atas sofa sambil TV menengok dirinya..
Aku yang tengah sedap mengunyah pisang goreng sambil tengok Wolverine versi anime mula berhenti mngunyah. Adoii kakak aku... Lapaq ka dia ni??



"Nah, pisang goreng," ujarku sambil menolak lembut mangkuk besar yang berisi beberapa biji pisang goreng. Nak jadi baik sikit....kesian kat dia.
Dia tolak balik pisang tu. Aiikk! Diet ke? Penat jak aku tolak mangkuk tu. Kang aku perabiskan baru meroyan dia nanti. (sekadar penambahan..==")

Takpe....tengok Logan yang hensem ni pun kenyang da kut. Tapi bagi kakak aku Logan tak hensem.




Waa!! Logan mai nak selamatkan
girlfriend dia dari kena kawen. Waaa....dia panggil gf dia..adoyaaii...hahahah. sweetnya XD!! (da gila...==")
Pastu dia jerit2 panggil
gf dia..."Mariko! Mariko!"
Haaa...sikit gik nak selamatkan. dia da pegang tangan
gf dia..tiba-tiba, bapak gf dia mai sambil bawa pedang samurai! XD


Hahah!!
Aku cuba menghayati kehenseman Logan yang rambut dia tak botak. Dia ada janggut!!

***************************************************

Aku terus mengunyah-ngunyah keropok yang Puan Mama bawa balik dari Kelantan. Ohh...sedapnya. Buku Geografi terus aku selak, baca dari setiap ayat ke ayat yang lain. Cuba menghafal apa yang patut aku hafal.
Adoiii....mimi.....hang study sambil makan, masuk ke dalam kepala hotak tu??!!
Heheh.


"Kakwani, ambikla," ujarku sambil menyuakan bungkusan keropok tu.
Kakak aku mula buat muka pelik. Aku pun buat muka pelik sekali la. Apa kess dia ni!! Hahah

"Kakak posala hari ni,"dengan rileknya dia cakap. Maka...terjawabla segala persoalan di benak ni 'kenapa dia tolak pisang goreng yang sedap pagi tadi'.....
Adoyaaiiiiii....awat tak habaq awai-awai. Takla aku menunjuk makan kat depan dia tadi. Dahla aku ni jenis pelahap makan sikit. Makan bukan main banyak gik. Naik 'berotot' da lengan-lengan aku nih. Banyaknya particle-particle lemak yang dok terkumpul di celah-celah ototku...=="
cakap stai tak berlapit aku ni.



Heheh. Lalu aku menyorok bungkusan keropok tu daripada pandangan matanya. Heheh. patutla pun....

Kakak aku cuma tersenyum.. senangnya dia....=="...

"Dah2, ang pi masak nasi," arahnya kepada aku.
Hahah. budak posa taknak masak nasi....XD!!



*THE END*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...