Followers

March 2, 2016

HOMESTAY di SG PETANI, KEDAH =D

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah. Mama dan Abah ada rezeki untuk memiliki sebuah rumah untuk dijadikan modal sebagai 'homestay'.

Saya rasa macam besaaaaar sangat hati ni nak promote-kan (^o^)/

HOMESTAY D'ARKED

Di area SG Petani, Kedah 

In shaa Allah kebersihan rumah sentiasa dijaga kerana hampir setiap petang anak-anak akan jenguk dan kemas rumah dan siram pokok kat luar rumah. Mama sangat menitik beratkan kebersihan. 

*strictly for interested person only*

# Alamat : 87, Lorong Nilam 4/5 B Taman Arked, 08000 Sungai Petani, Kedah. 
# Jenis rumah : SEMI-D setingkat yang aku rasa selesa dan luas
# 3 bilik tidur (semuanya ada air-cond)  dan 2 bilik air (walaupun takdak aircond tapi sejuk XD )
#  ada TV dan DVD player
#  ada dapur
#  hampa semua nak masak boleh ~
#  ada ampaian baju.
#  nak wifi, amek wifi jiran xD -jahatnya aku- takde lah. Pihak abah akan provide password
#  satu malam - RM150 (ada promosi sempena cuti sekolah)

Untuk mengunjungi kediaman ni semasa cuti sekolah ataupun pada bila-bila masa sahaja? 
Promosi menarik akan disediakan. Keselesaan disediakan di sini. In shaa Allah mententeramkan jiwa dan tidur anda akan diulit mimpi indah. 

Untuk tempahan awal, hubungi

Ramli Abdul Hamid (abah) - ramliabdulhamidpgsr@gmail.com
Syamimi (anak dia) - mimi.rolo96@gmail.com

atau mesej di FACEBOOK 
Ramli Abdul Hamid -  https://www.facebook.com/ramliabdulhamid.ramli?fref=ts 
Syamimi - https://www.facebook.com/syam.ramli
Syazwani (anak sulung) - https://www.facebook.com/syazfahawa?fref=ts 






 *luar pagar rumah*


*kat depan rumah* 




 *salah satu bilik tidur. nampak dak aircond kat ataih tu?*





 *ruang tengok TV. Ada DVD player gik*





*ruang tamu*



January 5, 2016

Himpunan Hadis ~ 1


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah.




Dari Jabir r.a, dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Jika ada seseorang memasuki rumahnya, alalu dia menyebut nama Allah SWT pada saat memasukinya dan pada saat makan, maka syaitan akan berkata kepada rakan-rakannya : 'Tidak ada tempat menginap bagi kamu semua dan tidak ada juga makan malam untuk kamu semua.

Dan jika kamu masuk rumah, lalu dia tidak menyebut nama Allah pada saat memasukinya, maka syaitan akan berkata : 'Kamu semua boleh menginap di sini'. Dan jika tidak menyebut nama Allah pada saat akan makan maka syaitan akan berkata : 'Kamu semua boleh menginap dan juga dapat makan malam.' "

(Riwayat Muslim)

*GenQ*
=)

December 13, 2015

Hati Meronta #1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...



Dulu
Tegar hati untuk berkata tidak,
Kerana kaget hati akan koyak,
Lantaran sedar harapan yang tergantung,
Tak siap siaga aku berpatah jiwa.

Kini
Hati kecundang rindu yang melata,
Seolah terlupa duka semalam,
Hadirnya lagi menggamit rasa,
Terfikir adakah ia ujian ataupun nyata.

#at8.40hecalledme



October 25, 2015

Hati Yang Sakit

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullah wahai penghuni Bumi.

Aku menulis untuk mengingatkan diriku sendiri. Agar tak ralit ditelan arus duniawi.


Dr. Majdi al- Hilali :

"Hati merupakan medan pertempuran antara nafsu dan keimanan. Jika hati kita mati, maka mudahlah nafsu akan memenangi pertarungan itu tanpa perlu bersusah payah. Jatuhlah manusia ke gaung yang dalam, dan menghadapi kesukaran yang berganda - ganda dahsyatnya untuk berpatah balik. Dan belum tentu lagi manusia itu mampu berpatah balik kerana hatinya yang telah mati, walaupun Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bagaimana hati yang tumpul, yang hilang kepekaannya dan sensitivitinya hendak kembali kepada Allah? Bagaimana ia hendak merasakan ulikan kasih sayang Allah jika hatinya sudah tidak berdenyut merasa?"


*Langit Ilahi - HILAL ASYRAF*

June 2, 2015

*Perasan sendiri #1*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

*angin feeling malam - malam yang tersimpan dan tak terluah*

Alhamdulillah. Tajdid niat balik kenapa aku bukak blog alah ni. 
Allah. . . . . . . . . . . 
Rindunya aku nak rasa perasaan yang betul - betul rindu akanMu dulu. . . . . 
Allah . . . . . . . . . .
Kalau bersamanya buatkanku jauh pengharapan dariMu, pudar sinar rindu padaMu,
Tolonglah. . .  . Tolonglah ya Allah. . . . . . . .
Berikan aku kekuatan untuk buang jauh - jauh perasaan ni. . . . . . . . 
Sakit berharap akan manusia tu. . . . . buatkan aku lupa yang sentiasa bersamaku hanyalah Engkau Ya Rabb. . . . 



*bencinya rasa macam ni . Padan muka aku . Menggedik sangat*   


:'(
hati . . . ingat Allah banyak - banyak

Bajet macam banyak sangat masalah aku . Pffffttttt Bangkitla MIMI !
Selak Al - Quran . Bukak Surah Al - Dhuha . 
Tengok balik apa yang Allah titipkan untuk umat manusia . Tengok balik apa yang Allah sampaikan untuk hati lemah macam hang ni . Tengok balik kenapa hang nak fikir banyak sangat pasal perasaan yang berlandaskan nafsu ni ? 
Lemahnya aku . . . Sikit sangat Allah uji , tapi aku da terduduk .

Allah da beri jalan untuk hang telusurinya . Tunggu nak taknak jak .
Nak terus tengok talipon harapkan mesej dari dia tak berbaloi dari hang pi capai Quran dan genggam tasbih . だから、どんな?

*pompuan lemah hang ni . . . . . pfftt*


June 1, 2015

Taaruf Week REVEALED ! ~CFS IIUM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillah....
Fuhhh... laman blog ni da berhabuk teruk sangat.. mana hang menghilang ni wahai penulis?  (ayat poyo sendiri)


After three months of holiday, I get an opportunity to continue my studies in Center for Foundation Studies International Islamic University Malaysia. (CFS IIUM) Ok, I didnt get any of scholarships from JPA/MARA or anything else. Tapi... Alhamdulillah. Lebih baik kita punya sesuatu dari tak punya apa-apa kan? Kalau kita asyik selalu buat perbandingan dengan orang lain, sampai bila pun kita takkan mampu meresapi nikmat bersyukur dan reda yang betul-betul reda dengan pemberian yang Tuhan bagi. Iye dok?



Untuk pendaftaran kat CFS ni.. tak macam pendaftaran kat universiti lain. Sebab dalam 'Taaruf Week' (minggu orientasi) tu macam-macam student kena buat ! =..= tak macam student kat universiti lain.
ada EPT (English Placement Test) , APT (Arabic Placement Test), Fardu Ain Test, Quran Recitation Test.. aaa lagi apa lagi entah. Rasanya yang tu jak. Pastu ada belajar nyanyi - nyanyi, hafal lagu UIAM. aaa standard la kan.

Tapi adik - adik semua tak perlula risau :)

EPT dan APT ni diadakan bukanlah untuk menilai adik - adik semua fasih taraa mana dalam English ngan Arabic ni. Bagi akak (tetiba mai akak =,= ) ujian ni diadakan untuk tentukan selama mana tempoh asasi adik - adik semua. Markah untuk ujian APT ngan EPT ditentukan melalui bAND 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. Dan yang band 7 ni dikira EXEMPTED maksudnya adik - adik takkan dikenakan kelas untuk bahasa tersebut.



Ehhh kejap kejap. Apa maksud akak nak tentukan tempoh asasi kami semua ni?

Heeee.... selalunya student yang dapat band 7 untuk EPT ngan APT ni tempoh asasinya setahun. Dia tak perlu amek kelas Arabic / English so dia kena amek subjek yang dia kena amek jak la. Iyo dok? Jimat masa. Kadang - kadang student yang dapat band 7 EPT tapi dapat band 1 APT (maksudnya student ni takde basic Arabic langsung) ada yang tempoh asasi dia setahun, setahun setengah dan mungkin juga dua tahun. Ikut course yang dia amek gak.

Macam roommate akak, dia student Allied Health Science. EPT dia exempted tapi Arabic dia band 1. Tempoh foundation dia dua tahun. Budak - budak course SCIENCE ni selalunya tempoh asasi dia setahun / dua tahun. Kalau untuk budak - budak Arts lak tempoh dia boleh jadi setahun / setahun setengah / dua tahun. Depends gak atas result adik - adik dalam EPT dan APT tu.

Tapi akak.... kami takdak basic Arabic.. la gu mana ni?



Ehhh senyum dulu. Adik - adik jangan risau. Orang department takkan marah kat ampa pun kalau ampa tak dapat jawab soalan Arabic tu. Adik - adik just tulis nama, no matriks dan tandakan ruang kosong 'adakah anda pernah mempunyai asas dalam bahasa Arab?'

Kalau tak pernah amek.... tandakan tak pernah. heee . Akak dulu belajar bahasa Arab masa sekolah rendah pastu tak praktikkan. Memang akak tak ingat satu apapun basic arab. Tinggal jak la soalan tu. Ada soalan bulat - bulat so akak main tembak. Mana tau ada yang betul kan.. heheh



Soalan EPT ngan APT bentuk di macam mana?

Kalau untuk soalan EPT ada section untuk reading ngan writing. Soalan writing tu ada dua jenis. Yang first writing untuk graph description. Boleh jadi bar graph atau line graph. Untuk second essay lak selalunya essay pasal kita punya pendapat. Ok. yang tu jak akak boleh terang sebab akak takde contoh soalan... sori sori.

Kalau untuk soalan APT.............. satu set soalan. ada dalam 10, 20 soalan kut yang bulat - bulat. Pastu 2,3 soalan comprehension.. Pastu....... soalan nahu (tatabahasa Arab) pastu... ada la soalan essay.. errrr yang ni pun akak minta maaf sangat. Akak tak berapa ingat soalan dia macam mana. Nak buat macam mana, waktu tu akak just tulis nama, main selak - selak kertas pastu main bulat - bulat kat soalan objective.

*merenung masa depan*

Fardu Ain Test ngan Quran Recitation Test tu macam mana lak?

Ni yang menarik sangat pasal UIAM ni.. Walaupun kita ni dah kononnya da besar, berlagak dewasa sangat mereka tetap nakteguhkan prinsip fardu ain dan agama dalam diri kita.
Elehhh senang jak fardu ain ni !
Poyo laa UIA ni nak buat ujian - ujian fardu ain ni bagai.
Ehhhhh ingat orang taktau nak baca Quran ke?!

Ehhh janganla cepat sangat melenting ngan tindakan orang - orang atasan ni. Selalunya..... kalau takdenye nak buat ujian - ujian macam ni, kita takkan belek pun buku - buku fardu ain ni. Jarang nak belek Quran pun, testing testing nak baca Quran. Muhasabah diri kita balik.



Fardu Ain test dalam objectives. Soalan dia berkaitan ngan fardu ain la.. pasal solat, mandi wajib, puasa, pasal haid semua tu. In shaa Allah study balik semua tu dan soalan dia senang- senang jak.

Quranic recitation test lak.. kita akan diuji oleh seorang ustaz yang akan dengar bacaan Quran kita. dia tunjuk dalam separuh muka surat Quran camtu dan kita akan baca. Kalau sebelum ni adik - adik lepasan sekolah agama dan pernah hafaz Quran, ustaz tu akan minta adik - adik hafaz balik apa yang adik - adik hafaz. Akak sampai takat ni akak tak arif sebab akak dulu bukannya budak lepasan sekolah agama.

Dan lepas ujian ni, adik - adik akan diklasifikasikan kepada beberapa kelas.
1. Fardu ain class
2. Quranic class
3. Study Circle.



Semasa Taaruf Week ni gak.... akan dibuka tempoh kalau - kalau adik semua nak minta tukar course. Tapi akak rasa kena tengok jak jenis course yang adik - adik nak tukarkan tu.
Macam course Medical, Dentistry ngan Pharmacy memang takleh diminta apply masuk.

Ok... panjang sangat rasanya.
All the best for the upcoming juniors. May Allah ease us. :)))
Jazakallu khairan katsira!







April 15, 2014

Psychometric Test for MARA * おわった!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . .

Alhamdulillah . Nikmat Allah Taala yang dikurniakan untuk diri hamba pendosa ini, terus hidup . Mengapa masih bernafas ? Mengapa masih bernyawa ? Mengapa mata masih celik ? Sedangkan hati selalu lalai dan leka . . . Astaghfirullah al'azim . . . *emmm

Imam Ghazali : "Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu hanyalah di liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti-nantikan kedatanganmu setiap masa ."


Sekarang ni para lepasan SPM 2013 dan STPM dan MATRIKS dan yang seangkatannya sedang bertungkus-lumus mengejar biasiswa . . . aku yang apply program kerjasama JPA/MARA tu pun cam nervous gila nak jawab ujian psychometric memandangkan tahun ni MARA nak buat camtu . . Aku harap karutan aku ni dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang seangkatan denganku . ;)

Then in shaa Allah lepas tu baru buat interview . . . *emmm 

Sebelum aku buat ujian psychometric ni aku survey dulu "menatang ni apa benda? "    "contoh soalan dia camna ea?"  aku memang ulangkaji dulu sebelum buat benda ni . . . errr   


Ujian psychometric yang MARA anjurkan mempunyai 100 soalan yang terbahagi kepada 4 bahagian dan dilakukan secara on-line . Bahagian pertama ialah IQ Test about 25 questions . The questions given are in English .Soalan dia agak mencabar minda tapi ada cam cute-cute jak caranya . Betul. . . Memang kena focus betul-betul la . Jangan KALUT . Dan ada sedikit soalan matematik . So sebelum jawab tu kalau takut sangat, prepare calculator kat sebelah siap-siap . Tapi soalan Math dia senang jak .   




 Diikuti pula dengan Personality Test . Bahagian ni kita jawab berdasarkan diri kita . Baca sekali dan terus jawab . Bhagian ni tak usah amek masa yang lama pun kan . We know who we really are, right ? 
Kemudian , ditanya pula berkaitan Kenegaraan .
Pandai-pandai hangpa la noh xD


Ok, Bahagian keempat lak . Tentang nilai murni . Yang ni kita jawab ikut rasional diri kita . Apa yang patut kita buat untuk menjaga nama negara . Macam tu la lebih kurang . .  Tapi kalau soalan dia camni , agak-agak hangpa pilih jawapan apa ea ? Hehehhe

Lepas dah siap jawab semua soalan tu . . . Maka da boleh hantar da ~ ~ Alhamdulillah
I wish best of luck to you guys ! May success be with us . In shaa Allah . . .
Mudah-mudahan , hamba ini diberi peluang untuk lulus dengan berjaya dalam ujian ini dan sesi temuduga yang akan datang . . . agar tercapai impian untuk memiliki biasiswa ini . . . ingin sekali untukku menyenangkan hati mama dan abah . tak ingin lagi menyusahkan mereka .
Amiin ya Rabbal a'lamiin . . . Hasbunallahu wani'mal wakiil ~ :D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...