Followers

June 1, 2015

Taaruf Week REVEALED ! ~CFS IIUM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillah....
Fuhhh... laman blog ni da berhabuk teruk sangat.. mana hang menghilang ni wahai penulis?  (ayat poyo sendiri)


After three months of holiday, I get an opportunity to continue my studies in Center for Foundation Studies International Islamic University Malaysia. (CFS IIUM) Ok, I didnt get any of scholarships from JPA/MARA or anything else. Tapi... Alhamdulillah. Lebih baik kita punya sesuatu dari tak punya apa-apa kan? Kalau kita asyik selalu buat perbandingan dengan orang lain, sampai bila pun kita takkan mampu meresapi nikmat bersyukur dan reda yang betul-betul reda dengan pemberian yang Tuhan bagi. Iye dok?



Untuk pendaftaran kat CFS ni.. tak macam pendaftaran kat universiti lain. Sebab dalam 'Taaruf Week' (minggu orientasi) tu macam-macam student kena buat ! =..= tak macam student kat universiti lain.
ada EPT (English Placement Test) , APT (Arabic Placement Test), Fardu Ain Test, Quran Recitation Test.. aaa lagi apa lagi entah. Rasanya yang tu jak. Pastu ada belajar nyanyi - nyanyi, hafal lagu UIAM. aaa standard la kan.

Tapi adik - adik semua tak perlula risau :)

EPT dan APT ni diadakan bukanlah untuk menilai adik - adik semua fasih taraa mana dalam English ngan Arabic ni. Bagi akak (tetiba mai akak =,= ) ujian ni diadakan untuk tentukan selama mana tempoh asasi adik - adik semua. Markah untuk ujian APT ngan EPT ditentukan melalui bAND 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. Dan yang band 7 ni dikira EXEMPTED maksudnya adik - adik takkan dikenakan kelas untuk bahasa tersebut.



Ehhh kejap kejap. Apa maksud akak nak tentukan tempoh asasi kami semua ni?

Heeee.... selalunya student yang dapat band 7 untuk EPT ngan APT ni tempoh asasinya setahun. Dia tak perlu amek kelas Arabic / English so dia kena amek subjek yang dia kena amek jak la. Iyo dok? Jimat masa. Kadang - kadang student yang dapat band 7 EPT tapi dapat band 1 APT (maksudnya student ni takde basic Arabic langsung) ada yang tempoh asasi dia setahun, setahun setengah dan mungkin juga dua tahun. Ikut course yang dia amek gak.

Macam roommate akak, dia student Allied Health Science. EPT dia exempted tapi Arabic dia band 1. Tempoh foundation dia dua tahun. Budak - budak course SCIENCE ni selalunya tempoh asasi dia setahun / dua tahun. Kalau untuk budak - budak Arts lak tempoh dia boleh jadi setahun / setahun setengah / dua tahun. Depends gak atas result adik - adik dalam EPT dan APT tu.

Tapi akak.... kami takdak basic Arabic.. la gu mana ni?



Ehhh senyum dulu. Adik - adik jangan risau. Orang department takkan marah kat ampa pun kalau ampa tak dapat jawab soalan Arabic tu. Adik - adik just tulis nama, no matriks dan tandakan ruang kosong 'adakah anda pernah mempunyai asas dalam bahasa Arab?'

Kalau tak pernah amek.... tandakan tak pernah. heee . Akak dulu belajar bahasa Arab masa sekolah rendah pastu tak praktikkan. Memang akak tak ingat satu apapun basic arab. Tinggal jak la soalan tu. Ada soalan bulat - bulat so akak main tembak. Mana tau ada yang betul kan.. heheh



Soalan EPT ngan APT bentuk di macam mana?

Kalau untuk soalan EPT ada section untuk reading ngan writing. Soalan writing tu ada dua jenis. Yang first writing untuk graph description. Boleh jadi bar graph atau line graph. Untuk second essay lak selalunya essay pasal kita punya pendapat. Ok. yang tu jak akak boleh terang sebab akak takde contoh soalan... sori sori.

Kalau untuk soalan APT.............. satu set soalan. ada dalam 10, 20 soalan kut yang bulat - bulat. Pastu 2,3 soalan comprehension.. Pastu....... soalan nahu (tatabahasa Arab) pastu... ada la soalan essay.. errrr yang ni pun akak minta maaf sangat. Akak tak berapa ingat soalan dia macam mana. Nak buat macam mana, waktu tu akak just tulis nama, main selak - selak kertas pastu main bulat - bulat kat soalan objective.

*merenung masa depan*

Fardu Ain Test ngan Quran Recitation Test tu macam mana lak?

Ni yang menarik sangat pasal UIAM ni.. Walaupun kita ni dah kononnya da besar, berlagak dewasa sangat mereka tetap nakteguhkan prinsip fardu ain dan agama dalam diri kita.
Elehhh senang jak fardu ain ni !
Poyo laa UIA ni nak buat ujian - ujian fardu ain ni bagai.
Ehhhhh ingat orang taktau nak baca Quran ke?!

Ehhh janganla cepat sangat melenting ngan tindakan orang - orang atasan ni. Selalunya..... kalau takdenye nak buat ujian - ujian macam ni, kita takkan belek pun buku - buku fardu ain ni. Jarang nak belek Quran pun, testing testing nak baca Quran. Muhasabah diri kita balik.



Fardu Ain test dalam objectives. Soalan dia berkaitan ngan fardu ain la.. pasal solat, mandi wajib, puasa, pasal haid semua tu. In shaa Allah study balik semua tu dan soalan dia senang- senang jak.

Quranic recitation test lak.. kita akan diuji oleh seorang ustaz yang akan dengar bacaan Quran kita. dia tunjuk dalam separuh muka surat Quran camtu dan kita akan baca. Kalau sebelum ni adik - adik lepasan sekolah agama dan pernah hafaz Quran, ustaz tu akan minta adik - adik hafaz balik apa yang adik - adik hafaz. Akak sampai takat ni akak tak arif sebab akak dulu bukannya budak lepasan sekolah agama.

Dan lepas ujian ni, adik - adik akan diklasifikasikan kepada beberapa kelas.
1. Fardu ain class
2. Quranic class
3. Study Circle.



Semasa Taaruf Week ni gak.... akan dibuka tempoh kalau - kalau adik semua nak minta tukar course. Tapi akak rasa kena tengok jak jenis course yang adik - adik nak tukarkan tu.
Macam course Medical, Dentistry ngan Pharmacy memang takleh diminta apply masuk.

Ok... panjang sangat rasanya.
All the best for the upcoming juniors. May Allah ease us. :)))
Jazakallu khairan katsira!







3 comments:

Muteq Chin said...

dulu tension sebab ept dpt lvl 6 je. dah kene amek setaon setengah. haha. tp tu la, org kate tuah manusia tak nampak kan. alhamdulillah dpt setaon setengah, tak ada la sibuk sgt. hehe

Syamimi Ramli said...

budak cfs ke?

Muteq Chin said...

dah masuk gombak dah pun. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...