Followers

June 4, 2012

Tak kenal bila....







Maha suci Allah yang menaikkan semula fajar siddiq di ufuk timur dengan berkilaunya cahaya kemerah-merahan di sisinya.. 
Maha suci Allah yang bisa mengejutkan kembali manusia yang bukan ditakdirkan untuk pergi menghadapNya selama-lamanya...
Maha suci Allah...... Alhamdulillah terasa kesegaran wudhuk disertakan kebesaran takbir yang dilaungkan ketika solat Subuh... ( ohhh haaaa!! Subuh tak tadi??! )
Maha suci Allah..... aku da tersenyum pagi-pagi ni tengok mesej 'si dia' aku masuk... ---HUUHH...nama tak glamour langsung XD

Entah angin ufuk barat manala yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sampuk aku nak tulis dalam Cik Blog yang Terabai Berbebai nie... haiihh...... aku makin pelik, selari dengan kepelikan dunia yang semakin mencapai umur kemusnahannya.. 
OHHH SEEEMMMMMMM!!!!!!!!!!! 




Muqaddimah yang tak berguna mula berjela2... =..=
Semalam, 
aku dengar cerita yg adik aku kata.... khabar yang agak menyedihkan gak...
perempuan yang dikatakan trend kat twitter nie da diambil rohnya dengan izin Allah Taala..... 
tapi Masya Allah...dengan cara yg memang tak disangka-sangka... dengan cara yang agak menyedihkan....
Ok.. diri ni memang tak kenal  dengan hamba Allah tu.. cuma simpati dan rasa keinsafan ni memang tak dapat dinafikan lagi... 
( even her name pun i didnt know...emmmm )
( *-* ) < aku xde twitter la, beb..


-sori...aku xde gambar hamba Allah tu.. -

kemalangan yang berlaku hanya selepas masa 20 minit macam tu jak lepas dia on9 twitter dan main tweet2... Allah Taala da takdirkan dia pergi...
hamba Allah tu muda lagi.. cantik...comell... ( hamba Allah tu perempuan )  adik aku kata budak Langkawi... 
Allahuakbar....
moga2.. Allah Taala ampunkan dosanya dan letakkan hamba Allah tu di sisi orang2 yang beriman.... moga2 keluarganya tabah menghadapi cubaan ini... kehilangan orang muda adakalanya susah diterima bagi orang yang lebih tua...lebih susah.....

--- Ya Rabbi.....teringat sangat ngan arwah tokwan..... :'( ---

sikit ilmu untuk hari ni... *copy paste*
~~~~~~~~
Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."
 
Abu Hurairah r.a

Alhamdulillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

2 comments:

A said...

Pagi!
kngah nk balek penang pagi nieyh :D

Syamimi Ramli said...

Tengah hari!
t jumpa ek... gosip byk2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...