Assalamualaikum..
rasanya da lama aku tak menghadap blog ni..takpe tak kisah pun. bukannya ada orang nak usya blog aku pun.. haih.....cara cakap ni cam bad mood jak..emmm......mungkin.
betullah kata orang tua.."terlajak perahu boleh berundur, tapi terlajak kata badan binasa"...errr.....betul ke ungapan tu.. tapi bagi aku.... "terlajak kereta boleh reverse, tapi terburuk sangka hati sengsara"... haa...da start mengarut da la tu.
tu la...cemburu membuta sangat.. last2 diri yang rugi. emmm....cemburu ke aku? sayang ke aku kat dia??.... errr.....mengada betullah aku ni!
tapi....disebabkan perkara ni gaklah. Allah beri aku kesempatan utk aku bermuhasabah diri....seburuk2 pun perangai aku....Allah masih lagi tak putus2 limpahkan rahmatNya...betapa jahilnya aku kerana kerap kali aku alpa, leka dan asyik dengan memburu kejayaan dunia...... sedangkan Allah begitu baik dan kasih akan hamba-hambaNya......astaghfirullah.........sebak aku jadinya....
~~~Buruknya Berburuk Sangka~~~
*Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan
sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah
menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha
menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat
kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang
orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang
ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi
Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.
Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.
Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada
kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan
selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar
(jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa
kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang
dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai
seorang pendusta." HR. Bukhari.
Larangan Berburuk Sangka
Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah.
Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka. Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan:
"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."
Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka). Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"
No comments:
Post a Comment