Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Peluh merenek di dahi ini lalu membasahi anak rambutku. Mata ini masih terpejam. Terlihat suasana yang semakin menggerunkan dan mengerikan. Aku mula berasa risau. Ketakutan ini semakin memuncak tatkala melihat air terpancut keluar dari bumi yang gersang.
Cahaya kemerah-merahan di dada langit merisaukan semua hamba Allah. Ada yang terpegun melihatnya malah ada yang berasa gerun untuk memikirkan kemusnahan alam apa yang menanti. Kehangatan bahang batu meteor yang menimpa bumi semakin dirasai. Semuanya pantas berlari keluar untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Tidak terkecuali juga dengan ahli keluargaku.
Kemudian, kami bergegas keluar ke rumah. Mencapai pintu kereta lalu memasuki perut kereta. Aku semakin kalut kerana bayang-bayang mimpi itu seolah-olah berlegar di benakku. Dalam fikiranku hanya bermain dengan perkataan mati....... Mimpi ngeri itu kembali menghantuiku.
Dengan izin Allah, tiba-tiba kelopak mataku terbuka. Debaran ketakutan ini masih lagi dirasai. Nafasku semakin sesak dan deras. Aku mengurut dadaku sambil beristighfar... Mimpi yang hampir sama kembali semula... Pantas ucapan syukur diucap kepada Yang Maha Esa kerana mimpi ngeri itu tidak berlarutan....
Kemudian, aku bangkit dari katil bujangku lalu menuju ke dapur. Ibu yang kaya dengan nasihat menyapaku. Aku mengambil sahur dengan rasa bersyukur yang amat sangat.....
Dan itulah permulaan bagi hari yang penuh hikmah seiring dengan ketakutan bagiku.....
Astaghfirullah............
No comments:
Post a Comment